Pembeli : “Berapa berat cincin ni kak? ”
Penjual : “ade ar dalam dua amas”

Terkedu seorang pembeli bila mendengar cincin emas belah rotan itu beratnya dua amas. Unit apakah yang digunakan tadi? tidak pernah kedengaran selama ini.

gambar hiasan – Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu

Ini lah emas, ada timbangan yang unik untuk dinilai, tetapi timbangan ini digunakan pada zaman dahulu, dan sesetengah orang-orang lama masih menggunakan kaedah ini. Peniaga di pasar juga menggunakan kaedah ini.

Soalan yang biasa ditanya :
“Ni berapa mayam?”
“Ni berapa tahil?”
“Emas ni berapa kupang?”
“Ni emas Paun ker emas kertas?”
“Emas kelantan ker?”

Mari Belajar Unit Timbangan Lama
1 Kati = 600 gram
1 Tahil = 37.8 gram
1 Pikul = 60.48 kg
1 Mayam = 3.37 gram
1 Rial = 2.7 gram
1 Kupang = 0.64 gram
1 Amas = 2.551 gram
1 Suku = 0.8425 gram
1 Busak = 0.337 gram

Ini pula jenis ketulenan emas yang diukur pada zama dahulu:
999 – 24K    - Emas Sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas
950 – 23K    - Emas Kelantan / Emas 9 1/2
916 – 22K    - Emas Singapura
900 – 21.6K - Emas Sembilan
875 – 21K    - Tiada nama lain dapat dicari
835 – 20K    - Tiada nama lain dapat dicari
800 – 19K    - Emas Paun
750 –  18K   - Tiada nama lain dapat dicari
585 –  14K   - Tiada nama lain dapat dicari
373 –   9K    - Suasa

Seronok juga kalau buat jual beli dengan kaedah timbangan lama.

” bos, order emas sepuluh dalam 1 kati, esok bayo”

sumber  - Bullion And Dinar

Share

This entry was posted on Tuesday, December 14th, 2010 at 4:29 pm and is filed under Fakta Emas. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Timbangan Lama Untuk Emas”

  1. sham on June 13th, 2011 at 9:57 am

    kalau 14 keneri?sama dengan berapa gram?

Leave a Reply